DUB2012:NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
KUMPULAN 6
DISEDIAKAN OLEH :
ANBARASSI A/P SIVAGURU
INDRAN NAIDU A/L POOPALAN
NITTHIYA A/P RAJAH
NAMA PENSYARAH:
FAADZILAHBINTI ABDUL RAHMAN
Pendahuluan
Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli .Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat .
ISI 1
Konsep kongsi raya dapat
merapatkan hubungan silaturahim. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya konsep kongsi raya ialah konsep ini merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh
hubungan silaturahim antara rakyat malaysia Fenomena seperti ini amat
dititikberatkan agar sistem kejiranan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan
padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep kongsi raya, hubungan
silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya
akan hilang kepada generasi akan datang yang semakin tidak mengenali jiran ataupun rakan-rakan yang beragama lain. Semasa menyambut kongsi raya,
mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat
perkembangan terkini antara satu sama lain.Ringkasnya,
hubungan kejiranan dan rakan-rakan yang beragama lain dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika
konsep kongsi raya dibudayakan.
ISI 2
Hubungan etnik yang mantap dapat dikukuh dalam konsep kongsi raya dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kaum yang terdiri dari kaum Melayu dan kaum Cina .Kaum-kaum ini juga terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik yang tersendiri. Contohnya,Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa. Bugis , Rawa , Banjar yang datang dari kepulauan Indonesia.Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi, Hakka, hokien , Kantonis, Teochem dan Hainan.Kesemua etnik ini mempunyai bahasa yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.
ISI 3
Di samping mewujudkan perpaduan dalam
kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri, konsep kongsi raya ini
juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka
berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini juga membolehkan
setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain
selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka
sendiri.
Sebagai
contoh, orang-orang Cina merayakan
sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat
diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara
tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi
sekarang. Pendek kata, budaya dan adat
resam kaum lain dapat dipelajari melalui konsep kongsi raya ini.
ISI 4
Konsep kongsi raya juga dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, konsep kongsi raya membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya konsep kongsi raya penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan dalam membahaskan isu ini ,adalah menjadi keperluan kepada kita untuk memahami bahawa suasana masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang terlalu variasi agama dan kepercayaannya. Memang menjadi hasrat kita untuk memupuk perpaduan antara kaum dan agama, namun tidaklah bermakna kita harus menafikan bahawa wujud perbezaan-perbezaan mutlak antara agama.
Sebaliknya, dengan kita lebih memahami perbezaan inilah maka kita akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain dan kita akan lebih berjaya mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah Islam dengan lebih berkesan.
Tidak boleh dinafikan lagi bahawa perayaan-perayaan besar yang ada di negara kita ini adalah merupakan perayaan-perayaan yang bersifat agama. Perayaan mereka melambangkan anutan mereka. Apa yang harus kita fahami adalah kita sama-sama meraikan perayaan itu bukan kerana “sebab” perayaan itu berlangsung, tetapi yang kita kongsi bersama ialah kegembiraan.
I need folio deepavali
ReplyDelete